Solat ini dilakukan
untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan
mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan
dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara,
contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa,
keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan
dan keburukannya.
Oleh yang demikian,
hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang
mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar
ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih
mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan
membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu,
bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana
arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan,
yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa
andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak
disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak
dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa
akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata
Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat
istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah
bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi,
supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini
sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak
memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli
Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja
Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah
dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah
dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah
doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan
permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya
Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa
istikharah
Setelah selesai solat,
berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika
wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa
laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna
haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili
amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa
inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa
‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur
liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in
qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon
petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik
dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan
aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil.
Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik
pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu
hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku,
membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan
datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau
takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar